FREDO FLYBAITS Live Showcase D'Saji Titiwangs

Details

When:
February 2, 2018 @ 7:30 pm – 11:00 pm Asia/Kuala Lumpur Timezone
Cost:
RM 100 to RM 300 + RM 2.- Ticket Fee   Tickets
Contact:
BEST FB KL Concerts
+6011 1695 0047
Categories
Location/City

INFORMATION:

Nama Fredo dan kumpulan Flybaits memang sukar untuk dipisahkan, kerana, vokal penyanyi ini bersama kumpulan itu seperti sudah serasi, melekat di hati peminat mereka.

Walaupun selepas 28 tahun tidak bersama Flybaits, para peminat masih mengaitkan Fredo dengan kumpulan tersebut sehingga ke hari ini. Ada yang menganggap, Fredo masih lagi menganggotai kumpulan yang ditubuhkan pada penghujung 1960-an itu. Masih ramai peminat yang tidak mengetahui dia sudah tidak bersama Flybaits sejak 1984.

Fredo  sudah menarik diri semenjak 28 tahun yang lepas dan meneruskan kerjaya solonya selepas itu. Malah, dia  telah merakamkan beberapa album solo di mana banyak lagu nyanyiannya menjadi popular dan diminati sehingga kini.

Contohnya lagu seperti berjudul Gurisan Terakhir, Rinduku Meneruskan Percintaan, Sayang Mengapakah dan Coretan Wajahmu adalah lagu solo Fredo.

Fredo masih menyanyikan lagu-lagu popular Flybaits seperti Kenangan Lalu, Maafkan Kesalahanku dan juga Kasih Berubah di persembahan-persembahan pentas yang dijayakan di seluruh negara. Biarpun, tidak lagi bersama Flybaits, Fredo kini aktif bersama kumpulan baru yang dikenali sebagai The Flinstones sejak lebih 10 tahun lalu.

Bersama kumpulan itu, Fredo aktif bermain muzik di kelab-kelab malam seluruh negara dengan kemampuan bermain pelbagai genre muzik.

Fredo masih dikenali sebagai seorang  penyanyi sensasi yang cukup versatil. Ini kerana, dia tidak setakat menyanyikan lagu-lagu malar segar Flybaits dan juga lagu-lagu popularnya semata-mata. tetap juga banyak menyampaikan lagu-lagu penyanyi generasi muda yang sedang popular hari ini.

Video Link

https://www.youtube.com/watch?v=7Nt4uAzFq-s

Harga Ticket:

VIP (Meet & Greet) –RM300.00 Seorang

Platinum –RM250.00 Seorang

Gold –  RM200.00 Seorang

Silver – RM150.00 Seorang

Bronze – RM100.00 Seorang

Nota:

  1. Ticket Diperlukan untuk kanak-kanak daripada berumur 6 tahun ke atas.
  2. Kanak-kanak berumur bawah 6 tahun tidak dibenarkan masuk.
  3. Makanan Luar tidak dibenarkan masuk
  4. Beg Semua Pemegang Tiket yang masuk akan diperiksa di pintu masuk oleh anggota Keselamatan.